~ ~ ~ " wiLujeNg SumpiNg to My bLog.. hatuR Nuhunn ^_^ " ~ ~ ~

Senin, 13 Oktober 2014

CARA MENGERJAKAN HAJI

CARA MENGERJAKAN HAJI

HAJI IFRAD
Haji Ifrad iaitu mengerjakan haji dan umrah secara berasingan sama ada mengerjakan haji dahulu kemudian mengerjakan umrah @ mengerjakan umrah sebelum tiba musim haji. Haji yang paling afdhal.
Haji Ifrad ialah berihram Haji sahaja (mengerjakan ibadat Haji secara berasingan) di mana jemaah Haji hanya berniat ihram Haji sahaja di miqat yang ditetapkan.
1. melakukan Tawaf bagi bukan penduduk Mekah iaitu Tawaf Qudum mengelilingi Baitullah sebanyak tujuh kali.  Penduduk Mekah tidak boleh melakukan Tawaf tersebut. 
2. Saie di antara Safa dan Marwah sebanyak tujuh pusingan.
3. Kemudian terus berada di Mekah dalam keadaan berihram.
4. Apabila tiba hari Tarwiah (8 zulhijjah) dia berangkat ke Arafah  utk Wukuf dan seterusnya mengerjakan segala ibadah haji sehingga selesai.
5. Jemaah haji kekal dlm keadaan berihram sejak hari pertama dia sampai di Makkah sehinggalah selesai melakukan ibadah haji yang membolehkannya bertahallul.

HAJI TAMATTU':
Haji Tamattu' ialah mengerjakan Umrah pada bulan-bulan Haji, kemudian mengerjakan Haji pada tahun yang sama, di mana ketika berniat ihram Haji jemaah Haji berniat secara "Haji Tamattu'". Setelah itu dia berniat dan berihram untuk mengerjakan Umrah secara berasingan.
1. Ketika sampai di Mekah al-Mukarramah  lalu mengerjakan Tawaf mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh pusingan.
2. Saie di antara Safa dan Marwah sebanyak tujuh kali.
3. Kemudian bertahallul dari Ihram dengan bercukur atau bergunting. Maka dia bebas dari ihram. Dalam masa senggang ini, dia bebas utk melakukan ibadah umrah sunat sebanyak yang dia mampu. Dia juga bebas bergerak ke mana-mana saja tanpa pakaian ihram !!!
4. Bila sampai pada hari Tarwiah iaitu pada 8 Zulhijah, barulah dia memakai ihram semula dan berniat ihram haji di miqat yang telah ditetapkan (di hotel masing-masing, jika berada di Makkah) dan pergi ke Arafah utk Wukuf.
5. Seterusnya dia mengerjakan Haji sebagaimana jemaah Haji yang mengerjakan Haji Ifrad, cuma dia perlu membayar Dam kerana melakukkan haji secara tamattuk.
 Orang yang telah mengerjakan Tawaf Umrah ketika mengerjakan Haji Tamattu' tidak perlu lagi mengerjakan Tawaf Qudum bagi Haji malah selepas Tahallul yang pertama dia hendaklah melakukan Tawaf Ifadhah dan bersaie di antara Safa dan Marwah bagi ibadat  Haji mengikut pendapat jumhur ulama. Walau bagaimanapun bagi Mazhab Hanafi, bagi jemaah Haji yang mengerjakan Haji Tamattu' yang tidak membawa (mendapatkan) binatang ternakan, tetapi jika telah membawa (mendapatkan) binatang tersebut, maka hukumnya sama seperti hukum Haji Qiran.

 HAJI QIRAN
Haji Qiran ialah menghimpunkan antara Haji dan Umrah dalam satu perjalanan musafir (sekali pergi). Jemaah Haji berniat Haji dan Umrah dengan satu niat dari miqat yang ditetapkan. Biasanya jemaah haji yang melakukan haji secara Qarin, akan tiba agak lewat beberapa hari sebelum wukuf, supaya dia memakai ihram terlalu lama...
1. Apabila tiba di Mekah, hendalah melakukan Tawaf Qudum dan Tawaf Ifadhah di Baitullah sebanyak tujuh pusingan. Disunatkan raml (berlari anak) di tiga pusingan pertama.
2. Saie di antara Safa dan Marwah.
Kekal berihram sehingga hari wukuf dan seterusnya sehinggalah dia telah melakukan perkara yang membolehkannya bertahallul.
3. Wukuf di Arafah dan seterusnya melaksanakan segala rukun dan wajib haji yang berikutnya sehingga selesai.
Menurut pendapat Jamhur Ulamak, org yg mengerjakan haji Qiran hanya perlu tawaf sekali dan saie sekali saja. Walau bagaimanapun, hendaklah dia melakukan Tawaf Qudum sebelum melakukan tawaf Ifadhah. 
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّهَا قَالَتْ خَرَجْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَامَ حَجَّةِ الْوَدَاعِ فَأَهْلَلْنَا بِعُمْرَةٍ ثُمَّ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ كَانَ مَعَهُ هَدْيٌ فَلْيُهِلَّ بِالْحَجِّ مَعَ الْعُمْرَةِ ثُمَّ لَا يَحِلُّ حَتَّى يَحِلَّ مِنْهُمَا جَمِيعًا قَالَتْ فَقَدِمْتُ مَكَّةَ وَأَنَا حَائِضٌ لَمْ أَطُفْ بِالْبَيْتِ وَلَا بَيْنَ الصَّفَا وَالْمَرْوَةِ فَشَكَوْتُ ذَلِكَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ انْقُضِي رَأْسَكِ وَامْتَشِطِي وَأَهِلِّي بِالْحَجِّ وَدَعِي الْعُمْرَةَ قَالَتْ فَفَعَلْتُ فَلَمَّا قَضَيْنَا الْحَجَّ أَرْسَلَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَعَ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي بَكْرٍ إِلَى التَّنْعِيمِ فَاعْتَمَرْتُ فَقَالَ هَذِهِ مَكَانُ عُمْرَتِكِ فَطَافَ الَّذِينَ أَهَلُّوا بِالْعُمْرَةِ بِالْبَيْتِ وَبِالصَّفَا وَالْمَرْوَةِ ثُمَّ حَلُّوا ثُمَّ طَافُوا طَوَافًا آخَرَ بَعْدَ أَنْ رَجَعُوا مِنْ مِنًى لِحَجِّهِمْ وَأَمَّا الَّذِينَ كَانُوا جَمَعُوا الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ فَإِنَّمَا طَافُوا طَوَافًا وَاحِدًا
Dari Aisyah ra., ia berkata: Kami pernah bepergian bersama Rasulullah saw. pada tahun haji wada, kemudian kami berihram untuk menunaikan umrah (tamattu). Kemudian Rasulullah saw. bersabda: Barang siapa yang membawa hewan sembelihan, maka sebaiknya ia berihram haji dan umrah (qiran), dan jangan bertahallul dahulu hingga ia bertahallul untuk keduanya secara bersamaan. Ternyata setibanya di Mekah aku datang haid, padahal aku belum tawaf di Baitullah dan belum sai antara Shafa dan Marwah. Kemudian hal itu aku adukan kepada Rasulullah saw. dan beliau bersabda: Lepaskanlah jalinan rambut kepalamu dan sisirlah, kerjakanlah ihram haji dan tinggalkanlah umrah. Lalu saya mengerjakannya. Dan ketika aku selesai haji, Rasulullah saw. menyuruh saya bersama dengan Abdurrahman bin Abu Bakar (saudara laki-laki Aisyah) pergi ke Tan`im (untuk berniat ihram umrah di sana), lalu aku mengerjakan umrah. Beliau bersabda: Ini adalah tempat umrahmu (umrah saja). Kemudian orang-orang yang umrah melakukan tawaf di Baitullah, lalu sai antara Shafa dan Marwah, lalu bertahallul. Kemudian mereka melakukan tawaf (tawaf ifadhah) untuk ibadah haji setelah kembali dari Mina. Adapun mereka yang menggabung ibadah haji dan umrah, mereka hanya melakukan tawaf satu kali saja. Hadis riwayat Muslim.
 
عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ أَحْرَمَ بِالْحَجِّ وَالْعُمْرَةِ أَجْزَأَهُ طَوَافٌ وَاحِدٌ وَسَعْيٌ وَاحِدٌ عَنْهُمَا حَتَّى يَحِلَّ مِنْهُمَا جَمِيعًا
Dari Ibnu Umar RA berkata, Rasulullah SAW telah bersabda : Sesiapa yang berihram utk haji dan Umrah (Qiran), maka memadailah baginya sekali tawaf dan sekali saie sehingga dia bertahallul drp kedua-dua ibadah tersebut. Riwayat At-Turmizi.

DAM (DENDA)
Dam ialah denda yang dikenakan kepada jemaah haji yang berikut ;
a)   melakukan haji secara Tamattuk atau Qiran, atau
b)  meninggalkan salah satu wajib haji, atau
c)  melakukan perkara-perkara yang dilarang ketika ihram
Jenis-jenis Dam 
1. 
Dam Tertib dan Ta'dil -
Kesalahannya ;
Persetubuhan yang merosakkan haji
Denda
a) hendaklah menyembelih seekor unta
b) jika tidak mampu, menyembelih seekor lembu
c) jika tidak mampu, menyembelih 7 ekor kambing
d) jika tidak mampu, membeli makanan yang sama nilai dengan seekor unta dan disedeqahkan kpd fakir miskin di Mekah
e) jika tidak mampu, hendaklah berpuasa sebanyak bilangan cupak makanan yang dapat dibeli dgn nilai seekor unta
Kesalahannya ;
Tidak dapat masuk ke Tanah Haram atas sebab-sebab kesihatan spt berpenyakit atau merebaknya penyakit merbahaya,  atau atas sebab keselamatan spt peperangan, diculik, diancam musuh dsb sedangkan sudah berihram.
Denda
Hendaklah dia bertahallul ikhsar (ringkas) dengan ;
a) menyembelih seekor kambing dan kemudian bercukur
b) jika tidak mampu, hendaklah membeli makanan yang sama nilai dengan seekor kambing dan disedeqahkan kpd fakir miskin di Mekah
c) jika tidak mampu, hendaklah hendaklah berpuasa sebanyak bilangan cupak makanan yang dapat dibeli dgn nilai seekor kambing

2. Dam Tertib dan Taqdir - iaitu dam yang tidak boleh dipilih @ diganti dengan yang lain kecualitidak terdaya melakukannya.
Kesalahannya ;

a) ihram Tamattuk
b) ihram Qiran
c) tertinggal salah satu wajib haji
d) meninggalkan tawaf wida'
e) melanggar nazar ketika melakukan haji
Denda
a) menyembelih seekor kambing @ 1/7 unta/lembu, jika tidak mampu...
b) berpuasa 10 hari iaitu 3 hari di Mekah dan 7 hari di tanah air sendiri.
# bagi wanita yang uzur kerana haid @ nifas tidak diwajibkan tawaf widak dan tidak dikenakan dam

3. Dam Takhyir dan Ta'dil - boleh dipilih salah satu drp perkara yang telah ditetapkan.
Kesalahannya ;
a) memburu binatang buruan
b) menebang, memotong @ mencabut pokok di Tanah Haram
Denda
Denda berdasarkan bandingan binatang yang diburu, rusa bandingannya lembu dan kijang bandingannya kambing.
Denda bagi pokok yang ditebang sama spt bandingan di atas.
Denda bolehlah dipilih di antara yang berikut ;
a) menyembelih seekor binatang bandingan atau
b) membeli makanan yang sama nilai dengan binatang bandingan dan disedeqahkan kpd fakir miskin di Mekah
c) berpuasa sebanyak bilangan cupak makanan yang dapat dibeli dgn nilai binatang bandingan itu tadi.

4. Dam Takhyir dan Taqdir
Kesalahannya ;
a) melakukan perkara-perkara yang dilarang ketika ihram
b) melakukan persetubuhan selepas Tahalul Awal tetapi belum selesai Tahalul Thani
c) melakukan persetubuhan selepas persetubuhan yang merosakkan haji.
Denda
Denda bolehlah dipilih di antara yang berikut ;

a) menyembelih seekor kambing atau
b) bersedeqah kpd 6 orang fakir miskin  sebanyak 2 cupak setiap seorang atau
c) berpuasa 3 hari
 
عَنْ كَعْبِ بْنِ عُجْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ أَتَى عَلَيَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَمَنَ الْحُدَيْبِيَةِ وَأَنَا أُوقِدُ تَحْتَ قَالَ الْقَوَارِيرِيُّ قِدْرٍ لِي و قَالَ أَبُو الرَّبِيعِ بُرْمَةٍ لِي وَالْقَمْلُ يَتَنَاثَرُ عَلَى وَجْهِي فَقَالَ أَيُؤْذِيكَ هَوَامُّ رَأْسِكَ قَالَ قُلْتُ نَعَمْ قَالَ فَاحْلِقْ وَصُمْ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ أَوْ أَطْعِمْ سِتَّةَ مَسَاكِينَ أَوْ انْسُكْ نَسِيكَةً
Dari Kaab bin Ujrah RA., ia berkata: Rasulullah SAW mendatangiku pada waktu perjanjian Hudaibiyah. Ketika aku sedang menyalakan api, Qawariri berkata: Di bawah periukku, sedang Abu Rabi` berkata: Di bawah kualiku dan banyak sekali kutu bertaburan di wajahku. Melihat hal itu, beliau bertanya kepadaku: Bukankah kutu di kepalamu itu menyusahkanmu? Aku jawab: Ya. Beliau bersabda: Cukurlah dan berpuasalah tiga hari atau berilah makan enam orang miskin atau sembelihlah seekor kambing. Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Turmizi, Ibnu Majah dan Ahmad.

CARA HAJI WANITA HAID DAN NIFAS

Ulama' telah membahagikannya kepada 3 pendapat (cara) iaitu ;
Pertama
Wanita yang mengerjakan haji secara Tamattuk, sama ada haid @ nifas sebelum atau semasa ihram, apabila sampai ke Mekah hendaklah menunggu sehingga suci. Jika ia suci pada hari berniat ihram, maka hendaklah melakukan Tawaf Umrah, saie dan bercukur (tahalul). Kemudian melakukan ibadah haji spt biasa.
Jika berterusan uzur sehingga berangkat ke Arafah (Wukuf) hendaklah ia berniat ihram Haji dan memasukkan haji ke dlm umrah sekali (jadi Haji Qiran) dan seterusnya melaksanakan dam Qiran.
Kedua
Wanita yang mengerjakan haji secara Ifrad @ Qiran hendaklah terus mengerjakan semua kerja-kerja haji melainkan Tawaf. Tawaf hanya dikerjakan apabila ia suci.
Ketiga
Sekiranya haid @ nifas masih berkekalan hingga habis musim haji dan hendak balik ke negeri masing-masing, hendaklah ia menunggu hingga suci untuk Tawaf atau dia keluar dari Mekah dgn syarat  kembali semula setelah suci untuk Tawaf. Dia tidak boleh bersetubuh dengan suaminya selagi belum menyelesaikan Tawaf tadi.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar