~ ~ ~ " wiLujeNg SumpiNg to My bLog.. hatuR Nuhunn ^_^ " ~ ~ ~

Senin, 13 Oktober 2014

Tajwid


Tajwid

Tajwīd (تجويد) dari segi bahasanya bermaksud melakukan sesuatu dengan elok yang berasal dari perkataan Jawwada. Pada istilah syarak, tajwid adalah ilmu yang boleh mengenalkan tempat bagi tiap-tiap huruf dengan memberi apa yang patut baginya dari segi sifat-sifat huruf itu seperti menyatakan dan menyembunyikan atau apa yang dimestikan bagi huruf-huruf itu dari sifat-sifat luar dari segi panjang, pendek,

Hukum isti'azah dan basmalah


Isti'azah adalah lafaz: "A'uzubillahi minasy syaitaanir rajiim" (ﺍﻋﻮﺬ ﺑﺎﻟﻠﻪ ﻣﻦ ﺍﻟﺸﻴﻄﻥ ﺍﻟﺮﺟﻴﻢ)

manakala basmalah adalah lafaz: "Bismillahir rahmaanir rahiim" (ﺑﺴﻢ ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻟﺮﺤﻤﻦ ﺍﻟﺮﺤﻴﻢ).

Terdapat empat cara membaca iati'azah, basmalah dan surah:

  1. Memutuskan isti'azah (berhenti) kemudian baru membaca basmalah.
  2. Menyambungkan basmalah dengan surah tanpa berhenti.
  3. Membaca isti'azah dan basmalah terus-menerus tanpa henti.
  4. Membaca isti'azah, basmalah dan awal surah terus-menerus tanpa henti.

Terdapat empat cara membaca basmalah di antara dua surah. Tiga daripadanya adalah harus dan satu lagi adalah tidak harus. Yang harus adalah:

  1. Mengasingkan basmalah denga surah
  2. Menghubungkan basmalah dengan awal surah
  3. Menghubungkan kesemuanya
Bacaan bagi yang tidak harus pula adalah:
  1. Menghubungkan akhir surah dengan basmalah lalu berhenti. Kemudian, barulah membaca surah yang seterusnya tanpa basmalah. Walau bagaimanapun, tidak harus membaca sebegini kerana ditakuti bahawa ada yang menganggap basmalah adalah salah satu ayat daripada surah yang sebelumnya.

Hukum nun mati dan tanwin


Nun mati atau nun saktah adalah huruf nun yang berbaris mati ( ﻥْ ) manakala tanwin adalah mana-mana huruf yang mempunyai dua baris di atas (ً ), di bawah (ٍ ) dan di hadapan (ٌ ). Terdapat empat hukum bagi nun mati dan tanwin iaitu izhar, idgham, iqlab dan ikhfa' ( ﺇﻇﻬﺎﺭ, اءقلاب, ﺇﺧﻔﺎﺀ,ﺇﺩﻏﺎﻡ ).

Hukum mim mati


Mim mati mati atau mim saktah adalah mim yang berbaris mati atau sukun (ﻡْ). Terdapat tiga hukum bagi kes ini iaitu idgham mutamathilain (ﺇﺩﻏﺎﻡ ﻣﺘﻤﺎﺛﻠﻴﻦ), ikhfa' syafawi (ﺇﺧﻔﺎﺀ ﺷﻔﻮﻱ) dan izhar syafawi (ﺇﻇﻬﺎﺭﺷﻔﻮﻱ).

Hukum mim dan nun bersabdu


Hukum mim dan nun bersabdu juga dikenali sebagai wajibal ghunnah (ﻭﺍﺟﺐ ﺍﻟﻐﻨﻪ) yang bermaksud diwajibkan dengung. Maka jelaslah yang bacaan bagi kedua-duanya adalah didengungkan. Hukum ini jatuh bagi setiap huruf mim dan nun yang mempunyai tanda sabdu atau bertasydid (ﻡّ dan نّ).

Antara contoh ayat yang ditunjukkan adalah: ﻣِﻦَ ﺍﻟْﺠِﻨﱠﺔ ﻭَﺍﻟﻨﱠﺎﺱِ

Hukum alif lam ma'rifah


Alif lam ma'rifah adalah dua huruf (alif dan lam) yang ditambah pada pangkal kata nama atau isim yang menentukan maksud perkataan itu dan lain lagi. Terdapat dua jenis kes bagi alif lam ma'rifah apabila bersambung dengan ejaannya iaitu qamariah dan syamsiah.

Alif lam qamariah ialah lam yang bersambung terus daripada empat belas huruf ini iaitu hamzah (ء), ba' (ب), jim (ج), ha' (ح), kha' (خ), 'ain (ع), ghain (غ), fa' (ف), qaf (ق), kaf (ك), mim (م), wau (و), ha' () dan ya' (ي). Ini diambil sempena perkataan al-qamar (ﺍﻟﻘﻤﺮ). Dari perkataan itu, jelas cara membacanya adalah tidak memasukkaan lam ke dalam huruf selepasnya tetapi mematikannya dengan jelas lalu menyebut huruf yang seterusnya.

Alif lam syamsiah ialah lam yag bersambung dengan empat belas huruf ini pula iaitu ta' (ت), tha' (ث), dal (د), dzal (ذ), ra' (ر), zai (ز), sin (س), syin (ش), sod (ص), dhod (ض), tho (ط), zho (ظ), lam (ل) dan nun (ن). Ini diambil sempena perkataan asy-syamsiah (ﺍﻟﺸﻤﺴﻴﻪ). Dari perkataan tersebut, cara membacanya adalah dengan memasukkan ke dalam huruf selepas lam yang kebanyakkanya disabdukan dan lam tidak dibunyikan.

Hukum idgham


Idgham (ﺇﺩﻏﺎﻡ) adalah berpadu atau bercampur dua huruf atau memasukkan satu huruf ke dalam huruf yang lain. Maka, jelaslah harus dibaca dengan memasukkan bunyi huruf yang seterusnya. Terdapat tiga jenis idgham:

  1. Idgham mutamathilain (ﺇﺩﻏﺎﻡ ﻣﺘﻤﺎﺛﻠﻴﻦ - yang serupa) ialah pertemuan dua huruf yang sama sifat dan makhrajnya (tempat keluarnya) dal bertemu dal dan sebagainya. Hukum adalah wajib diidghamkan. Contoh: ﻗَﺪ ﺩَﺨَﻠُﻮاْ.
  2. Idgham mutaqaribain (ﺇﺩﻏﺎﻡ ﻣﺘﻘﺎﺭﺑﻴﻦ - yang hampir) ialah pertemuan dua huruf yang berhampiran sifat dan makhrajnya seperti ba' bertemu mim, qaf bertemu kaf dan tha' bertemu dzal. Contoh: ﻧَﺨْﻠُﻘڪُﻢْ
  3. Idgham mutajanisain (ﺇﺩﻏﺎﻡ ﻣﺘﺠﺎﻧﺴﻴﻦ - yang sejenis) ialah pertemuan dua huruf yang sama makhrajnya tetapi tidak sama sifatnya seperti ta' dan tho, lam dan ra' serta dzal dan zho. Contoh: ﻗُﻞ ﺭَﺏﱢ

Hukum mad


Mad bermaksud lanjut atau lebih. Dari segi istilah ulama tajwid dan ahli bacaan, mad bermaksud memanjangkan suara dengan lanjutan menurut kedudukan salah satu dari huruf mad. Terdapat dua bahagian mad iaiatu mad asli dan mad far'ie. Terdapat tiga huruf mad iaitu alif, wau, dan ya' dan huruf tersebut haruslah berbaris mati atau saktah. Kepanjangan bacaan mad diukur dengan menggunakan harakat.

Hukum ra'


Hukum ra' adalah hukum bagaimana membunyikan huruf ra' dalam bacaan. Terdapat tiga cara iaitu kasar atau tebal, halus atau nipis, atau harus dikasarkan dan dinipiskan.


Bacaan ra' harus dikasarkan apabila:

  • Setiap ra' yang berbaris atas atau hadapan.
Contoh: ﺭَﺑﱢﻨَﺎ
  • Setiap ra' yang berbaris mati dan huruf sebelumnya berbaris hadapan atau atas.
Contoh: ﻭَﺍﻻَﺭْﺽ
  • Ra' berbaris mati yang huruf sebelumnya berbaris bawah yang mendatang, bukan baris yang asal.
Contoh: ٱﺭْﺟِﻌُﻮْﺍ
  • Ra' berbaris mati dan sebelumnya huruf yang berbaris bawah tetapi ra' tadi berjumpa dengan huruf isti'la'.
Contoh: ﻣِﺮْﺻَﺎﺪ

Bacaan ra' yang dinipiskan adalah apabila:
  • Setiap ra' yang berbaris bawah.
Contoh: ﺭِﺟَﺎﻝٌ
  • Setiap ra' yang sebelumnya terdapat huruf lin
Contoh: ﺧَﻴْﺮٌ
  • Ra' mati yang sebelumnya juga huruf berbaris bawah tetapi tidak berjumpa dengan huruf isti'la'.
Contoh: ﻓِﺮْﻋَﻮﻦَ

Bacaan ra' yang harus dikasarkan dan dinipiskan adalah apabila setiap ra' yang berbaris mati yang huruf sebelumnya berbaris bawah dan kemudian berjumpa dengan salah satu huruf isti'la'.
Contoh: ﻓِﺮْﻕ

    • Isti'la' (ﺍﺳﺘﻌﻼ ﺀ): terdapat tujuh huruf iaitu kha' (خ), sod (ص), dhod (ض), tho (ط), qaf (ق), dan zho (ظ).

Qalqalah


Qalqalah (ﻗﻠﻘﻠﻪ) adalah bacaan pada huruf-huruf qalqalah dengan bunyi seakan-akan berdetik. Huruf qalqalah ada lima iaitu qaf (ق), tho (ط), ba' (ب), jim (ج), dal (د). Qalqalah terbahagi kepada dua jenis:

  • Qalqalah kecil iaitu apabila salah satu daripada huruf qalqalah itu berbaris mati dan baris matinya adalah asli dan bukan mendatang.

Contoh: ﻴَﻄْﻤَﻌُﻮﻥَﻴَﺪْﻋُﻮﻥَ
  • Qalqalah besar iaitu apabila salah satu daripada huruf qalqalah itu dimatikan dengan mendatang. Dalam keadaan ini, qalqalah dilakukan apabila wakaf padanya tetapi tidak diqalqalahkan apabila diteruskan.
Contoh: ٱﻟْﻔَﻟَﻖِﻋَﻟَﻖٍ

Sifat huruf



Sifat huruf adalah salah satu dari perkara tajwid dalam bacaan al-Quran. Sifat huruf adalah ciri yang menjelaskan perihal suatu huruf. Melalui sifatnya, seseorang itu akan mampu membezakan suatu huruf itu dengan keadaan sebutannya seperti tertahan, berdesing, melantun dan sebagainya.


Kelebihan memahami sifat huruf ini adalah sebagai pelengkap kepada makhraj. Dengan mengetahui sifatnya, kita dapat membezakan lafaz sebutan bagi huruf yang makhrajnya sama. Tambahan pula, kita akan dapat mengenal huruf yang kuat dan lemah atau huruf yang dilafazkan secara tebal dan tipis kerana sifat yang wujud pada hurufnya. Sifat huruf juga membantu memperkemaskan ketepatan sebutan suatu huruf supaya dapat dilafazkan dengan betul, terutamanya bagi huruf yang hampir sama sebutannya seperti huruf tha (ث) dengan sin (س), ha' (ح) dengan ha ().



endapat ulama tentang bilangan sifat huruf


Ulama berselisih pendapat tentang bilangan sifat huruf, namun biasanya pendapat yang digunapakai ialah pendapat Ibn Jazari; iaitu terdapat 17 sifat huruf kesemuanya.

Pembahagian sifat huruf


Sifat huruf terbahagi kepada dua:
  • Sifat lazimah (ﻻﺯﻣﻪ) — ciri kekal yang pasti ada bagi setiap sebutan huruf dalam semua keadaan, tidak terpisah dari suatu huruf itu sama ada pada keadaan berbaris mahupun mati. Sifat ini juga dikenali sebagai "sifat yang berlawanan". Terdapat sepuluh sifat yang tergolong dalam kategori ini:
  1. Hams lawannya jahr
  2. Syiddah lawannya rakhawah (pertengahan bagi kedua-dua sifat ini dinamakan tawasut)
  3. Isti'la' lawannya istifal
  4. Itbaq lawannya infitah
  5. Idzlaq lawannya ismat
  • Sifat ‘aridhah; (ﻋﺎﺭﻀﻪ) ialah ciri mendatang yang berubah-ubah bagi suatu huruf yang adakalanya terpisah dari huruf dan menyertainya pula pada keadaan yang lain seperti tarqiq (nipis), tafkhim (tebal), ghunnah, idgham, atau ikhfa’, panjang atau pendek dan seumpamanya. Sifat ini juga dikenali sebagai "sifat yang tidak berlawanan". Terdapat tujuh sifat yang tergolong dalam kategori ini:
  1. Safir (ﺻﻔﺮ) - Suara dari hujung mulut seakan-akan bersimpul
  2. Qalqalah (ﻗﻠﻘﻠﻪ) - melantun
  3. Lin (ﻟﻴﻦ) - lembut
  4. Inhiraf (ﺇﻧﺤﺮﺍﻑ) - melencong
  5. Takrir (ﺗﻜﺮﻳﺮ) - berulang
  6. Tafasysyi (ﺗﻔﺸﻰ) - berselerak
  7. Istitolah (ﺇﺳﺘﻂﺎﻟﻪ) - panjang
Tiap-tiap huruf itu termasuk dalam lima sifat suara yang mempunyai lawanan. Suara-suara tidak berlawanan pula terkadang-kadang termasuk datu atau dua sifat daripadanya, terkadang-kadang tidak termasuk suatupun. Selebihnya terkumpul pada satu huruf itu tujuh sifat suara iaitu sepet, berulang-ulang dan lima sifat yang berlawanan.

Perincian sifat huruf


Hams (Arab: همس) dari segi bahasa bermaksud menyembunyikan; cara menyebutnya ialah dengan menyembunyikan huruf dan melarikan nafas bersamanya. Terdapat sepuluh huruf yang bersifat hams dan dikelompokkan dalam lafaz (فَحَثُّهُ شَخْصٌ سَكَتْ), iaitu fā' (ف), ḥā' (ح), thā' (ث), hā' (ه), syīn (ش), khā' (خ), sīn (س), kāf (ك), dan tā' (ت).


Jahr (Arab: جهر) dari segi bahasa bermaksud terang dan nyata; cara menyebutnya ialah dengan menerangkan huruf dan menahan nafas bersamanya. Huruf-hurufnya ialah 19 huruf yang berbaki dari huruf-huruf hams.
Beza sifat hams dengan sifat jahr ialah huruf hams disebut dengan melarikan nafas, manakala huruf jahr disebut dengan menahan nafas.


Syiddah (Arab: شدة) dari segi bahasa bermaksut kuat; cara menyebutnya ialah dengan menguatkan huruf dan menahan suara ketika menyebutnya. Terdapat lapn huruf yang bersifat syiddah dan dikelompokkan dalam lafaz (أَجِدْ قَطٍ بَكَتْ), iaitu hamzah (ء), jīm (ج), dāl (د), qāf (ق), ṭā' (ط), bā' (ب), kāf (ك), dan tā' (ت).


Rakhawah (الرخاوة) bermaksud lembut; ia disebut dengan membunyikan suara. Huruf-huruf rakhawah ialah 15 yang berbaki dari huruf-huruf syiddah dan tawasut.


Tawasut dari segi bahasa bermaksud pertengahan; dari segi istilah bermaksud pertengahan suara


Isti'la' (الإستــعلاء) bermaksud mengangkat atau meninggi. Cara menyebutnya ialah dengan mengangkat lidah hingga ke langit-langit. Huruf-huruf isti'la' ada tujuh, dan dikelompokkan dalam lafaz خُصَّ ضَغْطٍ قِظْ (trans: khuṣṣa ḍaghṭin qiẓ), iaitu kha' (خ), ṣad (ص), ḍad (ض), ghayn (غ), ṭa' (ط), qaf (ق), dan za' (ظ).

Istifal Ertinya rendah semasa menyebutnya ialah keadaan lidah tenang, tidak terangkat ke langit-langit


Itbaq bermaksud menutup atau mendempik. Semasa menyebut hurufnya, hendaklah melengkung keliling lidah ke lelangit.


Infitah bermaksud membuka. Semasa menyebut hurufnya, hendaklah tidak melengkung keliling lidah ke lelangit.


Idzlaq menurut bahasa ialah ialah tergelincir atau terlepas. Secara terperincinya ialah menyebut hurufnya dengan mudah dan lancar. Disebabkan sebahagiannya keluar daripada hujung lidah dan sebahagian lagi keluar daripada dua bibir mulut, maka ia dapat disebut dengan cepat dan lancar.


Ismat'secara bahasanya ialah tertegah iaitu ditegah hanya menggunakan hurufnya untuk menyusun kalimah Bahasa Arab yang lebih daripada tiga huruf yang menjadi huruf akar pada kalimah. Maka kalimah yang berkenaan susah disebut dengan cepat dan terdapat dua puluh tiga huruf.


Safir ialah suara yang menyerupai suara unggas atau haiwan kerana menyebut hurufnya dengan bunyi berdesir dan kuat dari antara dua bibir mulut. Hurufnya ada tiga, iaitu sād (ص), zāy (ز), dan sīn (س). Bunyi desiran yang berlaku pada huruf sād paling kuat dibanding zāy dan berikutnya. Perbezaan sifat safir dengan hams adalah desiran nafas yang lebih kuat berbanding dengan hams yang sekadar membunyikan hurufnya dengan hembusan nafas yang lebih ringan.
  • Semasa menyebut "ص" Kedengarannya seperti suara angsa.
  • Semasa menyebut "ز" Kedengarannya seperti suara lebah.
  • Semasa menyebut "س" Kedengarannya seperti suara belalang.


Qalqalah (قلقلة) ialah melantunkan suara sehingga terdengar sedikit detakan, khusus hanya apabila huruf itu mati. Apabila wakaf, detakan itu dibunyikan dengan lebih kuat. Terdapat lima huruf qalqalah, iaitu qaf (ق), ta' (طْ), ba' (ب), jim (ج), dan dal (د); dan dikelompokkan dalam lafaz (قُطْبُ جَدٍّ).


Lin (لين) bermaksud lembut; disebut dengan lembut dan mudah. Hurufnya ada dua, iaitu waw (و) dan yā' (ي). Pembunyian dengan sifat lin hanya berlaku apabila huruf itu mati, dan di sebelumnya ada huruf berbaris atas. Contohnya waw dalam kalimah khawf (خَوْف) dan yā' dalam kalimah bayt (بَيْت).

Inhiraf


Takrir (تكرير) bermaksud berulang. Hurufnya satu sahaja, iaitu ra' (ر). Dinamakan takrir kerana bunyi unik ra' yang bergetar secara berulang. Walau bagaimanapun, getaran yang dibenarkan adalah sekali sahaja, lebih-lebih lagi pada keadaan sabdu.


Tafasysyi (تفشي) bermaksud tersebar atau berselerak. Hurufnya satu sahaja, iaitu syin (ش). Dinamakan tafasysyi kerana bunyi unik syin yang tersebar dan terselerak di kawasan hujung lidah.


Istitalah (استطالة) bermaksud memanjang. Hurufnya satu sahaja, iaitu ḍad (ض). Dinamakan istitalah kerana makhraj ḍad yang memanjang di sebelah kiri atau kanan lidah.

1 komentar: