~ ~ ~ " wiLujeNg SumpiNg to My bLog.. hatuR Nuhunn ^_^ " ~ ~ ~

Senin, 13 Oktober 2014

Perkara-perkara Sunat & Membatalkan Haji

Perkara-perkara Sunat & Membatalkan Haji


Perkara-perkara sunat haji
1. Mandi sunat ketika hendak memakai ihram.
2. Mandi ketika hendak masuk ke Makkah.
3. Mandi ketika hendak wukuf di Arafah.
4. Solat sunat dua rakaat ketika hendak memu ihram.
5. Membanyakkan membaca al-Quran dan zikir
6. Berdoa ketika bercukur.
7. Mengucapkan talbiah sepanjang ihram hingga tahalul awal.
 
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ:"مَا أَهَلَّ مُهِلٌّ قَطُّ إِلا بُشِّرَ، وَلا كَبَّرَ مُكَبِّرٌ قَطُّ إِلا بُشِّرَ. قِيلَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، بِالْجَنَّةِ؟ قَالَ: نَعَمْ".
Abu Hurairah RA meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW bersabda Tidaklah seorang mengucapkan talbiyah atau mengucapkan takbir melainkan akan dijanjikan dengan  kebaikan”. Rasulullah ditanya: “Wahai Rasulullah, apakah dijanjikan dengan syurga?” Beliau menjawab: “Ya”. (Riwayat Thabaranidalam kitab   معجم الأوسط Albani dlm kitabnya  صحيح الترغيب والترهيب  telah mengkelaskan hadis ini sebagai hadis Hasan).

8. Sembahyang dua rakaat selepas tawaf seeloknya di belakang makam Nabi
    Ibrahim a.s.

9. Bermalam di Mina pada 9 Zulhijah. 
10. Tinggal di Arafah sehingga jatuh matahari 9 Zulhijah.

Perkara yang membatalkan haji
 
1.  Tertinggal salah satu daripada rukun haji.
2.  Melakukan persetubuhan atau akad nikah sebelum tahalul pertama.
Rukun Umrah
1. Niat ihram seperti:

Sahaja aku mengerjakan umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala.
2. Tawaf di Baitullah (Kaabah).
3.Saie iaitu berjalan (berlari anak) dari Safa ke Marwah

Tidak ada komentar:

Posting Komentar